Wednesday, July 13, 2011

Mengemas Bengkel KH

Semalam aku pergi dengar taklimat kat MBS bagi option Teknikal. Sebenarnya, aku menggantikan Ketua Panitia aku pergi ke sana kerana abang ipar KP meninggal dunia. Best gak masa aku ke sana.. Banyak jugak la ilmu yang aku dapat..

Taklimat nie tentang kerja kursus KH. Kami diterangkan mengenai pemarkahan kerja kursus iaitu 40% di mana 10% markah adalah bagi setiap modul KH; rujuk di bawah:

  • Tingkatan 1: Modul 1   (10%)
  • Tingkatan 2: Modul 2   (10%)
  •                   : Modul 3   (10%)
  • Tingkatan 3: Modul 4   (10%)
                                            --------                      
                            Jumlahnya = 40%
                                            --------

Masa sesi perbincangan, Pn  dari KPM ada memberitahu yang beliau akan datang ke sekolah-sekolah yang terpilih bagi sesi lawatan ke bengkel sekolah bermula dari rabu dan khamis. Tujuan beliau membuat lawatan adalah bagi melihat projek / kerja kursus pelajar samada dalam bentuk dokumen, benda kerja, penyimpanan fail-fail kerja kursus KH, mendapat lebih maklumat mengenai masalah yang ditanggung oleh guru-guru kemahiran hidup (jika ada yang ingin berkongsi) dan bermacam-macam lagi. Taklimat ini berakhir pada jam 1.30 petang, dan aku pon terus drive balik ke sekolah. 

Jadi pada hari ini iaitu hari rabu, semasa perhimpunan kat padang sekolah, KP aku memanggil aku mengatakan pihak KPM dah sampai dan "cikgu tolong panggil semua cikgu kh dn pergi ke bengkel kh.."
Dengar ja brita nie, aku terkejut, biaq betul.. aku pon trus la panggil cikgu kh lagi dua orang dan pergi ke bengkel. 

Masa kitorang sampai kat bengkel, tak nampak pon keta dari KPM, tapi kitorang terus menuju ke bilik fail yang menyimpan fail kerja kursus budak bermula dari tingkatan 1 hingga lah ke tingkatan 3. Masuk ja bilik tu, aku nampak sorang lagi cikgu kh lelaki tengah membawa kerja kayu budak-budak, entah tahun bilanya, ke bilik stor. ooo.. barulah aku tahu, kami kena memulakan aktiviti mengemas bilik fail dan bengkel bagi memastikan kelihatan teratur dan kemas. Kitorng terus membawa projek kayu budak yang berlambak tu ke bilik stor - budak2 nie tak akan ambil balik projek kayu mereka selepas keputusan PMR diumumkan.. Jadinya, setiap tahun, projek kayu akan bertambah.

Kelas pertama aku hari nie mmg dah kena burn. Waktu ke 2 & ke 3, aku suh murid2 aku turun ke bengkel utk kerja2 pembersihan bengkel. Ada sorang pelajar nie, opps lupa lak nk cakap, pelajar aku semuanya lelaki; dia memang pandai mengemas. Aku agihkan tugas bagi mempercepatkan tugas mengemas bengkel dan aku bagi dia tugas mengemas satu almari, dia kemas almari tu, alahai, memang kemas sekemas kemasnya.. Bagus sangat hasil kerja dia.  Tapi ada jugak la budak yang menghilangkan diri  semasa kerja2 pembersihan bengkel dilakukan. Insyallah, kalu aku sempat, aku akan cuba uploadkan gambar semasa kerja2 membersihkan bengkel dilakukan.

Rumusan yang aku boleh buat untuk hari ini, errm....hari yang memenatkan, badan yang penuh dengan habuk bengkel dan habuk kayu, badan pon dah ada macam2 bau.. Berjumpa lagi di lain coretan.. 
                                           "Kegagalan bermaksud pembelajaran. Jangan sia-siakan kegagalan itu"





No comments:

Post a Comment