Monday, July 11, 2011

Demam mengunjungiku lagi..

Tak selesanya aku rasa ari nie.. dari ari sabtu membawa ke ari nie, aku masih lagi demam.. bebudak lak wat perangai.. baru ja aku nk bukak suara, diorg da bukak speaker.. huhuhu..
suara aku mmg tenggelam abis.. tapi tadi aku betul2 naik angin, terlalu marah sesangat.. ntah cammer, aku sendiri terkejut yg aku leh mendiamkan seluruh kelas pas aku naikkan volume suara aku yg mcm tinggal wayar nk tercabut ja.. satu kelas jadi sunyi sepi..

msa pon tinggal 10-minit ja lagi.. dah la kelas nie slalu ja tertinggai kh elektif.. iya la.. perhimpunan abis sepatutnya kol 8.10pg tapi kebiasaannya akan abis kol 8.30pg.. jarang skali dapat bersama bebudak nie pada ari isnin.. pastu kh elektif nie plak; dpt jumpa bebudk nie seminggu sekali.. smtara nak menapak ke kelas diorng nie, da pukul 8.35pg..

klu masuk, trus budak ready tak pa la.. nie tidak, nk kena suh bebudak nie bukak buku teks dulu, suh duduk tempat dulu.. klu 10-budak tak tanya mukasurat berapa nk bukak buku teks, mmg tak sah.. aku siap tulis lagi ms bukuteks kat ppn putih, leh lak dia tanya lagi.. aduh..

ari nie aku ajr cara menterjemahkan litar skematik kepada lukisan bergambar.. sebelum tu aku dah gtau kat bebudak yg aku akan tunjukkan flow current dalam litar dulu supaya bila bebudak paham, baru diorg leh terjemahkan ke dalam lukisan bergambar.. aku kata fungsi setiap komponen sila abaikan dulu.. nnti masa topik teras, cikgu akan terangkan dengan lebih lanjut.. yg penting kena kenal komponen apa yg ada dalam litar, kutub / terminal positif & negatif bagi setiap komponen elektronik, seterusnya arah aliran arus didalam komponen elektronik supaya dapat diterjemahkan ke dalam lukisan bergambar - atau dengan kata ringkas - diorg da tau nk pasang komponen dalam litar bod berpandukan litar skematik tu..

jadi, aku pon mula la ajar.. baru kenalkan perintang, sorang budak dah tanya; "cikgu, perintang tu apa? apa fungsi perintang?" mula2 nie, aku layan lagi sbb budak pertama.. masuk budak ketiga, mula la aku tinggikan suara dalam senyuman.. "kita datang sekolah mmg tuk menyembang.. bila cikgu bg penerangan kat depan, kamu kt situ dok bukak kedai kopi.. (budak tu duduk kat depan, lagi la aku berasap)" aku pon trus menerangkan komponen kedua iaitu LED. Budak yg lain plak bertanya, "cikgu, kenapa ada R1 dan R2?" aku pon cakap la, "dalam litar nie ada 2 perintang dimana tak dinyatakan nilai bg ke dua2 perintang tersebut. jadi utk membezakan perintang nie, maka sebab tulah ditulis R1 dan R2 bagi menyatakan dalam litar nie wujudnya / ada 2-perintang."

aku pon trus bertanya soalan kepada pelajar terminal bagi LED kat mana - aku lukis LED kt papan putih. Ada yg bagi jawapan betul, ada yg salah.. bg aku, ok la, janji diorg tak malu & tak takut nk bersuara pendapat mereka.. tgh berbincang nie, ada sorang budak nie tanya; "Cikgu, LED tu apa dan apa fungsi LED?" aku tak tau la samada budak nie sengaja wat tahu dan bertanya ataupun mmg dia benar2 tak tahu.. aku jadi kaku tak bersuara.. bebudak lain plak yg tlg jwb, "kan masa kita sek rendah dulu, kita dah pernah sambung kit elektronik nie.. kan ada lampu merah, hijau or kuning.. tu la LED.. apa la tu pon tak tau.."dah jadi kecoh balik kelas nie.. masa plak hanya tinggai 1-minit lebih kurang.. uhuhu..

aku pon kena la meredakan keadaan kelas yg dah jadi macam pasar brg dah nie.. aku pon trus la kenalkan komponen yg baru iaitu transistor. komponen nie mmg la tak di ajar lagi.. aku trus gtau kt bebudak nie, jgn kisahkan lagi fungsi transistor nie.. aku terangkan kt bebudak; yg penting kamu kena tahu macam mana arus masuk dan keluar dari transistor nie dulu.. baru ja aku nk menyambungkan balik ayat aku tu, ada budak yg bertanya; "cikgu, apa fungsi transistor?"

Masa nie, aku mmg dah ilang kesabaran.. aku baru ja sebut dan suruh bebudak abaikan dulu fungsi bg transistor, dia leh tanya lak.. aku terus pandang dia dan sebut dengan suara yg lantang dengan tangan aku memukul ppn putih satu persatu selaras dengan sebutan aku yg satu persatu tu "skarang nie, cikgu suruh kamu abaikan dulu fungsi bg transistor. which part yg cikgu sebut yg kamu tak paham? skarang nie cikgu nk suruh kamu kenal dulu komponen, faham arah aliran arus dalam setiap komponen secara individu sebelum kamu boleh transfer arus bagi setiap komponen ke dalam litar. lepas tu, barulah kamu boleh tahu mcam mn arus bergerak dalam litar nie" msa tu, kelas jadi sunyi sesunyi sunyinya.. klu jatuh pen kt atas lantai pon, aku gerenti boleh dengar kelintang kelintong pen bunyi pen jatuh..

pastu, loceng pon berbunyi menandakan waktu 2 da abis.. aku ttp tak berganjak dan trus menerangkan arus masuk dan keluar dalam transistor.. seterusnya, aku tunjukkan cara nk masukkan arus bg setiap komponen dalam litar secara individu dulu.. pastu, bagaimana arus bergerak dari bateri dan merentas ke semua komponen2 dalam litar tersebut.

Sebelum aku tanatkan pnp, aku akan bertanya kepada pelajar2 aku samada mereka faham ke tak? Kebiasaannya, aku akan mendengar mereka menyebut, ok cikgu, faham cikgu, boleh sikit2 cikgu, atau ada gak yg akan kata saya tak paham langsung cikgu.. tapi ari nie, mereka dengan serentak berkata faham cikgu.. disebabkan aku pon dah terlewat nk ke kelas seterusnya, aku bagi aktiviti kat mereka, sbb.. pd minggu depan aku nk mereka plak terangkan kt aku macam mana arus dalam litar tu bergerak. ada yg tunjuk pandai, ala senang ja cikgu.. aku hanya tersenyum dan berkata; "ok, minggu depan, kamu jadi orang pertama yg present kat cikgu." trus menggelabah dia; "apa cikgu.. im just joking la cikgu.." "oh.. sudah tentu la kamu yg jadi org pertama tuk present.. tak sabar nk dengar kamu present next week.." pastu, dia hanya leh garu kepala ja la.. hihiihi.. begitula kisah kelas aku ari nie.. hhuhuhu..

No comments:

Post a Comment