Monday, December 7, 2009

Konsep Bahasa

Sekum,

ha.. saya baru ja teringat, saya ada bahan yang nk dikongsi bersama-sama..
nie sebenarnya tugasan yang saya kena buat iaitu mencari 15-konsep dalam pembelajaran..

Walaupun ada yang telah digoreng sehingga hangit, tp harap bergunalah kat kawan-kawan kat blog nie..

Slamat membaca..:-)

~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@
Bahasa

A. Apakah maksud konsep ”Bahasa” berkenaan?
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu ensiklopedia bebas; Bahasa boleh ditakrifkan daripada beberapa segi iaitu:
-satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
-satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran
orang lain.
-satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka.
-satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan
maksud.
-satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, ayat
dan lain-lain).
-satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistic.
-pemikiran.

Kajian secara terperinci mengenai bahasa dikenali sebagai linguistik atau orang yang mengkaji secara mendalam tentang bahasa dipanggil pakar bahasa.

Bahasa boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu Bahasa Manusia, Linguistik, Taksonomi Bahasa, Bahasa Buatan dan Bahasa Baiwan Bukan Manusia.

1. Bahasa Manusia
Dalam dunia ini, terdapat berbagai-bagai bahasa yang digunakan oleh setiap manusia berdasarkan bahasa kaum, bahasa etnik, bahasa negeri, bahasa rakyat dan lain-lain lagi. Tetapi kebarangkalian setiap bahasa untuk difahami adalah tidak berbeza. Contoh yang paling ketara adalah bahasa kaum Cina dimana terdapat pelbagai bahasa seperti mandarin, kantonis, hakka, hokkien, foochow, hainan dan berbagai-bagai lagi.
Menurut Chomsky (1986) dalam Wikipedia Bahasa Melayu ensiklopedia bebas menyatakan bahawa sebahagian loghat Jerman adalah sangat hampir dengan loghat yang dikenali sebagai Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak difahami langsung dengan bahasa yang lain yang dikenali sebagai Jerman.

2. Linguistik
Linguistik bermaksud bahasa manusia yang dikaji secara mendalam mengikut perspektif teori yang berbeza-beza. Manakala rencana mengenai linguistik pula adalah mengenai rencana pengenalan yang berguna tentang bahasa.

3. Taksonomi Bahasa
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu ensiklopedia bebas; bahasa di dunia telah dibahagikan kepada beberapa keluarga atau kumpulan bahasa yang mempunyai persamaan. Kumpulan utama ialah Bahasa Indo-Eropah, Bahasa Afro-Asiatik dan Bahasa Sino-Tibetan.

4. Bahasa Buatan
Bahasa buatan bermaksud pelbagai bahasa yang berlainan yang disusun daripada pelbagai elemen dengan tujuan untuk memudahkan pembelajaran bahasa. Salah seorang pakar bahasa iaitu J.R.R. Tolkien. Beliau telah memperkenalkan bahasa dogeng iaitu Quenya yang digunakan dalam kesusasteraan dalam bentuk Elvish. Quenya terdiri daripada abjad dan mempunyai sebutan yang tersendiri. Ini memudahkan manusia untuk menuturkannya.
Selain itu, teknologi terkini telah memungkinkan pelbagai bahasa di dunia ini diterjemahkan kepada bahasa ibunda masing-masing melalui sistem pengaturcaraan dalam komputer.

5. Bahasa Buatan Bukan Manusia
Pengkaji bahasa menyatakan bahawa bahasa manusia adalah bahasa yang paling rumit untuk difahami apabila dibandingkan dengan bahasa haiwan.

B. Kenapa anda pilih konsep ”bahasa” berkenaan?
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada melalui percakapan (interaksi antara 2-orang atau lebih daripada 2-orang), melalui penulisan, isyarat (menggunakan tangan) ataupun simbol (papan tanda).
Ia adalah salah satu bentuk komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maklumat, penerangan, perbincangan dan sebagainya. Bahasa adalah salah satu konsep yang dipilih untuk menyampaikan secara tersurat ataupun tersirat sesuatu info secara terperinci.

C. Apakah perkaitan konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar?
Dari segi Pengajaran, guru perlu bijak menggunakan bahasa yang sesuai mengikut tahap kecerdasan pelajar itu sendiri. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang sedang berlaku, faham tentang pengajaran yang diajar guru, dapat mewujudkan komunikasi dua hala di antara pelajar-guru atau pelajar-pelajar melalui perbincangan, perdebatan, penerangan dan sekaligus dapat meningkatkan pemahaman kendiri.

Manakala dari segi Pembelajaran pula, pelajar dapat meningkatkan pemahaman kendiri melalui buku-buku rujukan, e-learning, e-education, CD dalam bentuk visual ataupun audio dan kesemuanya boleh menjadi mudah apabila bahasa yang digunakan di dalam medium-medium tersebut difahami oleh pelajar.

Sekum... daripada bakal cekgu kh

slamat datang ke blog bakal cekgu kh..
nervousnya.. k, ermm.. buat masa skarang saya tak ada apa-apa yang nk dipostkan..
nanti-nanti la ek, kalu ada bahan ttg kh, @ apa-apa je lah, insyallah saya akan postkan..
skarang nie, blog nie masih dlm construction..

salam perkenalan..

drpd,
bakal cekgu kh